Glitter Words

Tuesday, July 20, 2010

Nak 1 bundle .. Tapi Nak diskaun..Jualan Perabih Stok nih....



1 bundle ada 18 bungkus pad campur = RM162. Point 107. Keahlian secara automatik. Bonus 5% dari point.

Atau.. nak tolong perabih stok saya...??Ada 10 bundle ja lagi..

Anda nak murah lagi...? Buleh sangat.....!! Harga Asal RM 162.00 tapi saya bagi RM 135 termasuk kos pos....tambah lagi free brooch....tak rugi aihhh....dari segi duit tak rugi...dari segi kesihatan pun tak rugi....

TAPI yang ini tiada keahlian ditawarkan. Bagi yg nak bisnes tidak digalakkan.


Ada orang tanya...
KENAPA NAK KENA PAKAI PAD NI..?
Dan ada yg jawab camni....


1. Baik beli yg murah : Memangla...sbb yg murah tu buat dari kertas terbuang..yang diproses dengan bahan kimia..then ada dioksin...pilihan ditangan anda ....Hmmm...kalau makeup anda mahal2 ..pad pun pakai la yg standart...heheheh..takkan nak tekap pad ada dioksin...banyak risiko oo...dah nama pun yg elok..mesti la mahal sikit.


2. Bau busuk herba la..tak best.. : Tapikan...saya ada tgok 1 gambar kanser kat kemaluan dia...agak2 anda..mana yg lagi bagus..bau sebab nanah yg banyak2 tu ka...atau bau herba pad...


3. Alaaa....dah lama pakai..tak kena kanser pun : Baik...nasib anda memang baik..tapi apa kata..tiba2 sel2 cyst mula merebak..mula berkembang...sbb SETIAP WANITA ADA CYST....tiba2 sel2 kanser mula nak bermaharajalela...jadi jgnla ambik risiko itu....


So....pilihan kat tangan anda...bukan susah pun..beli jer 1 bundle tu... ada 6 bungkus panty liner..6 bungkus pad siang...6 bungkus pad malam....sekali bayar RM 130...buat stok .. bulan2 tak yah pikir dah...
Jom order... sms me 0194806183.  Ada hadiah tu.....tak rugi..10 bundle jer lagi....

Thursday, May 6, 2010

Terima Kasih Portal Niaga Anda

Dunia Wanita-Pad Herba Avail

Alamat Blog utk di iklankan : http://www.pad-availbeauty.blogspot.com




Blog ini mengajak pada gadis dan wanita untuk mengubah pemakaian pad biasa kepada pad herba yang dibuat dari kapas memandangkan pad biasa diproses dari kertas terpakai yg akhirnya membebaskan dioksin, sejenis bahan yg boleh menyebabkan kanser. Pad herba Avail juga terbukti mampu menangani masalah-masalah 'wanita'.


BLOG PILIHAN 29 APRIL 2010

Kategori Blog Anda : Healthy
Nama Pemilik Blog : Ana Haslina
Email : wirnahaslina@yahoo.com.my
No Telefon : 0194806183
--------------------------------------
Pesanan ringkas dari Admin PNA :
Salam Ana Haslina,

Terima kasih atas sokongan anda. Kami mendoakan semoga perniagaan anda akan berjalan lancar dan di permudahkanNya. Amin.

Seronok tgok my blog ada dalam portal niaga anda nih...kengkawan yang lain..kalau berminat..mehlah join jugakk...

~ Temui kami dan meng iklan kan blog anda secara percuma di http://portalniagaanda.blogspot.com/ ~

Saturday, April 17, 2010

Petua Nenek Moyang

MENGHILANGKAN KEDUT DI MUKA

AMBIL sebiji lobak merah,kemudian di parut sehingga halus. Campurkan parutan lobak tadi dengan satu sudu besar tepung jagung dan sebutir telur kuning. Kacau bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Sapukan bancuhan pada muka dan leher. Biarkan selama 20 minit atau hingga kering. Bersihkan pula dengan air suam. Mudah-mudahan kedut di wajah akan hilang. Pastikan anda kerap melakukannya.

HILANGKAN JERAWAT DAN KESANNYA

MASALAH jerawat di wajah sering menggangu hidup anda. Walaupun sudah dibuang jerawat itu,kesannya pasti ada. Untuk mengatasi masalah tersebut,cubalah petua ini. Picit jerawat pada wajah dengan tangan yang bersih. Selepas itu sapukan sedikit tawas pada bekas jerawat. Insya-Allah,jerawat tidak akan tumbuh lagi.

KEGUNAAN PATI SUSU


PATI susu atau krim susu mampu mengembalikan kelembutan bibir serta warna asal bibir anda. Sapukan pati susu pada bibir anda setiap hari, pasti bibir anda kelihatan lembut dan merah. Untuk mengelakkan kulit berminyak pula,gunakan tepung dal. Campurkan tepung dal dengan pati susu dan sapukan pada muka. Biarkan sehingga kering kemudian bilas. Kulit muka anda akan kelihatan bersih dan berseri.

MENGHILANGKAN PIGMENTASI


Caranya,parutkan timun hingga hancur. Kemudian,campurkan parutan timun tadi bersama tepung jagung. Apabila sebati,sapukan ke seluruh wajah. Biarkan kering. Amalkan pada setiap pagi. Hasilnya kulit anda akan nampak bersih dan lembut.

Madu licinkan kulit

Khasiat madu boleh digunakan sebagai pelembab wajah, menjaga terkena jerawat dan memberi seri pada wajah. Caranya adalah dengan mengambil dua sudu madu dan dicampur dengan putih telur. Kemudian lumurkan pada kulit wajah anda dan biarkan kering. Setelah itu cucikan wajah dengan air bersih.

Pulut haluskan kulit


Jika anda ingin wajah yang jelita dan kulit yang licin serta halus jangan was-was untuk mencuba petua ini. Ambil segenggam beras pulut kemudian digoreng tanpa minyak. Beras pulut yang sudah siap tadi diletakkan ke dalam mangkuk dan perahkan sedikit air limau nipis bersama asam jawa. Biarkan sehingga kembang. Sapukan pada kulit wajah dan biarkan kering. Kemudian basuh dengan air bersih.

Menghilangkan kelemumur

Punca rasa gatal atas kepala biasanya disebabkan kelemumur. Untuk menghilangkannya, ambil kangkung yang masih segar dan bersihkan kotoran dan rendam dalam besen yang berisi air (secukupnya untuk membasuh rambut). Rendam semalaman. Gunakan air ini untuk membasuh rambut ketika mandi pagi. Ulangi setiap hari. Hasilnya kulit kepala tidak gatal lagi.

Kulit wajah sempurna


KULIT wajah yang sempuna adalah kulit wajah yang tiada noda dan segar. Untuk mandapatkan kulit wajah sebegini tidak sukar. Ambil kulit pisang emas kemudian sapukan bahagian dalam kulit pisang pada kotoran atau parut di wajah. Bagi mendapat kulit wajah yang bermaya,wapkan muka di atas bekas bancuhan air teh yang masih panas selama 5 minit setiap hari. Muka anda akan bertambah segar dan kulit akan bertambah cantik.

Tumit kaki pecah


Untuk mengatasi masakah ini, ikutilah petua ini. Masukkan beberapa keping asam gelugur atau asam keping ke dalam besen yang berisi air suam. Biarkan seberapa ketika. Rendamkan kaki selama setengah jam setiap hari. Lakukannya dengan kerap. Hasilnya, anda akan mendapati tumit kaki anda yang pecah-pecah itu akan beransur sembuh.

Menghilangkan bintik-bintik muka

Untuk mengatasi masalah ini anda bolehlah mencuba petua yang agak mudah ini. Ambil sepuluh helai daun pegaga,dicuci dengan air garam dan ditumbuk halus. Kemudian campurkan dengan bedak sejuk yang ditumbuk halus kemudian dicampurkan dengan sedikit air suam. Amalkan memakainya pada muka anda setiap malam sehingga bintik-bintik hitam di muka anda tidak kelihatan lagi.

Melicinkan kulit badan


Untuk menghaluskan dan melicinkan kulit badan , pastikan anda berlulur sekurang – kurangnya dua kali seminggu. Caranya , rendamkan dua cupak beras pulut ( untuk menanggalkan daki ) , campurkan dua camca teh kunyit serbuk kering ( sebagai penyegar kulit ) . Ketika mandi campurkan empat camca makan bancuhan lulur tadi dengan sedikit perahan asam jawa. Sental lulur itu ke seluruh anggota badan sehingga semua daki keluar.

Menghindarkan perut buncit.


Ramai orang mengamalkan makan dahulu kemudian mandi. Sebenarnya cara begitu boleh membuatkan perut seseorang itu buncit. Jadi cuba ubah dengan mandi dahulu baru makan. Satu lagi,pastikan jangan makan berulam air. Ada baiknya minum selepas setengah jam makan.

Menghilangkan ketuat


Ketuat adalah sejenis bintil daging yang kecil dan keras di atas kulit . Untuk membuangkannya , cuba ambil pucuk kacang panjang dan sedikit kapur makan . Gaulkan kedua – dua bahan tadi dan sentalkan pada ketuat di kulit. Lakukannya setiap hari sehingga kutil hilang.

Masker buatan sendiri

Dengan sedikit susu tepung putih yang diperah bersama sebiji limau nipis,boleh dijadikan masker dan disapukan keseluruhan wajah dan biarkan kering. Sebelum mencuci wajah,oleskan secara melingkar agar kotoran hilang. Selain dapat menghaluskan dan melembabkan kulit wajah,cara ini juga dapat menghalang pertumbuhan jerawat jika diamalkan seminggu sekali.

Mengurangkan selera makan

Untuk mengurangkan berat badan , selera makan harus dikurangkan . Petuanya , ambil dua biji limau nipis dan dapatkan airnya. Campurkan seketul ibu garam dan embunkan semalaman. Sebelum sarapan , minum air campuran tadi . Amalkan dua kali seminggu. Hasilnya anda akan kurang selera makan.

Monday, April 12, 2010

Baik ke Tuhan...?

BUKAN SEKADAR RENUNGAN


Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk men yam paikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka...”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"

Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa a yam .. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Disalin dari : http://www.kedai4u.com/

Sunday, April 11, 2010

Elakkan PUKAU

1. Baca ayat Bismillahhitawakkaltua`lallah..

2. Lepas solat, amalkan Ayat Kursi.

3. Sebelum tidur, amalkan 3 Qul, tiup di tapak tangan, raup ke muka turun ke badan.

Pukau ialah sejenis ilmu kuno yang menggunakan jin/syaitan untuk mengawal minda, jiwa atau emosi secara paksa. Amalkanlah doa-doa ini secara istiqomah dan yakinlah.

Seks Ketika Haid?

ISLAM melarang suami menyetubuhi isteri ketika isteri dalam haid, tetapi jika hidup bertuankan nafsu, ada yang tetap melakukannya.

Barangkali kefahaman mengenai darah haid itu kurang, menyebabkan ada suami menyangka tiada masalah jika bersetubuh ketika isteri uzur.

Mengikut pandangan dan kefahaman kuno, darah haid itu berbahaya. Jika jatuh ke tanah, ia membuatkan tanah itu tidak subur. Malah, wanita yang datang haid diasingkan dan kadangkala dikurung dalam bilik sehingga kembali suci.


Ada juga pandangan kononnya jika alat kelamin lelaki terkena darah haid, dia mungkin mati pucuk. Sebahagian besar daripada pandangan itu adalah mitos belaka, tetapi di sebalik mitos, ada juga kebenaran.


Haid sebenarnya ialah selaput dalam rahim atau endometrium yang tertanggal dari dinding rahim selepas selesai putaran hidupnya dan menjalani proses hancur lebur dan keluar dari rahim melalui saluran serviks dan faraj.


Ia bangkai yang membabitkan tisu dan sel mati dengan kandungan bakteria dan berbau seperti bangkai. Jika hubungan kelamin dilakukan pada waktu itu, wanita terdedah kepada air mani dan jika ada kuman perosak, tentu kuman itu mudah membiak dengan adanya sel dan tisu berkenaan.



Jika jangkitan merebak ke rahim dan salur rahim, kemungkinan keradangan organ boleh berlaku sehingga menjejaskan alat sulit.


Malah, ada juga kemungkinan jangkitan terbabit merebak terus ke dalam salur darah dan mengakibatkan kemasukan kuman dalam darah menerusi keadaan dikenali sebagai bacteriaemia, yang boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mengakibatkan maut!

Hubungan seksual ketika haid juga mengundang risiko berlakunya pendarahan berlebihan sehingga menjejaskan kesihatan.


Memandangkan hubungan seksual dalam pandangan Islam ialah ibadat, melakukannya ketika wanita datang haid adalah salah daripada segi hukum Islam.



Sebabnya bukan saja daripada segi kekotoran dan najis yang keluar, tetapi kemungkinan berlaku kemudaratan kepada kesihatan wanita.


Sebahagian besar wanita pula mendapati ketika dalam haid, nafsu syahwat meningkat secara mendadak dan selera seks mereka mudah terbuka sehingga sanggup melakukan seks ketika itu.


Ada juga lelaki gemar melakukan hubungan seks ketika wanita dalam haid. Kononnya mereka seronok dengan bau darah haid.


Ini dikaitkan dengan ‘fetihisme’ atau ‘fetish’ kepada darah haid, yang mana perasaan seksual mereka mencapai satu keadaan luar biasa apabila terdedah kepada darah haid.


Tidak kurang juga pasangan yang sanggup melakukan seks ketika wanita dalam haid kerana tidak mahu wanita itu hamil.


Bagaimanapun, jika hubungan seksual dilakukan ketika haid berkurangan, kemungkinan wanita itu boleh hamil. Justeru, pendapat mengatakan wanita tidak akan hamil jika bersetubuh ketika dalam haid adalah tidak betul.


Pada pendapat saya, sebagai seorang Islam, kita perlu ikut hukum. Hubungan seksual masih boleh dilakukan ketika wanita itu kedatangan haid tetapi tanpa seks, seperti sentuhan intim di bahagian atas pusat.

Sumber : Harian Metro

Hukum Ikat Rahim

SOALAN

SAYA ingin bertanya mengenai wanita yang mengikat rahim untuk mengelak mengandung memandangkan usia sudah meningkat.

Seandainya wanita itu meninggal dunia adakah mayatnya perlu dibedah untuk membuka kembali ikatan pada rahim wanita berkenaan?

Bagaimana pula dengan penggunaan alat pencegahan kehamilan lain seperti IUD atau implan.

Adakah ia juga perlu dikeluarkan jika wanita itu meninggal dunia?

ILAH
Kedah

JAWAPAN

Segala peralatan luar yang tidak memudaratkan mayat boleh dibuka ketika seseorang itu meninggal dunia.

Ia seperti gigi palsu yang boleh ditanggalkan. Alat-alat yang sudah ditanam dan mungkin memudaratkan mayat sehingga terpaksa dibedah tidak perlu dibuang.

Ia termasuk seperti ikatan rahim misalnya ia tidak perlu dibuka daripada mayat sehingga terpaksa melakukan pembedahan pula.

Harus untuk menanam mayat itu dengan implannya.
Sumber : Harian Metro