Glitter Words

Saturday, April 17, 2010

Petua Nenek Moyang

MENGHILANGKAN KEDUT DI MUKA

AMBIL sebiji lobak merah,kemudian di parut sehingga halus. Campurkan parutan lobak tadi dengan satu sudu besar tepung jagung dan sebutir telur kuning. Kacau bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Sapukan bancuhan pada muka dan leher. Biarkan selama 20 minit atau hingga kering. Bersihkan pula dengan air suam. Mudah-mudahan kedut di wajah akan hilang. Pastikan anda kerap melakukannya.

HILANGKAN JERAWAT DAN KESANNYA

MASALAH jerawat di wajah sering menggangu hidup anda. Walaupun sudah dibuang jerawat itu,kesannya pasti ada. Untuk mengatasi masalah tersebut,cubalah petua ini. Picit jerawat pada wajah dengan tangan yang bersih. Selepas itu sapukan sedikit tawas pada bekas jerawat. Insya-Allah,jerawat tidak akan tumbuh lagi.

KEGUNAAN PATI SUSU


PATI susu atau krim susu mampu mengembalikan kelembutan bibir serta warna asal bibir anda. Sapukan pati susu pada bibir anda setiap hari, pasti bibir anda kelihatan lembut dan merah. Untuk mengelakkan kulit berminyak pula,gunakan tepung dal. Campurkan tepung dal dengan pati susu dan sapukan pada muka. Biarkan sehingga kering kemudian bilas. Kulit muka anda akan kelihatan bersih dan berseri.

MENGHILANGKAN PIGMENTASI


Caranya,parutkan timun hingga hancur. Kemudian,campurkan parutan timun tadi bersama tepung jagung. Apabila sebati,sapukan ke seluruh wajah. Biarkan kering. Amalkan pada setiap pagi. Hasilnya kulit anda akan nampak bersih dan lembut.

Madu licinkan kulit

Khasiat madu boleh digunakan sebagai pelembab wajah, menjaga terkena jerawat dan memberi seri pada wajah. Caranya adalah dengan mengambil dua sudu madu dan dicampur dengan putih telur. Kemudian lumurkan pada kulit wajah anda dan biarkan kering. Setelah itu cucikan wajah dengan air bersih.

Pulut haluskan kulit


Jika anda ingin wajah yang jelita dan kulit yang licin serta halus jangan was-was untuk mencuba petua ini. Ambil segenggam beras pulut kemudian digoreng tanpa minyak. Beras pulut yang sudah siap tadi diletakkan ke dalam mangkuk dan perahkan sedikit air limau nipis bersama asam jawa. Biarkan sehingga kembang. Sapukan pada kulit wajah dan biarkan kering. Kemudian basuh dengan air bersih.

Menghilangkan kelemumur

Punca rasa gatal atas kepala biasanya disebabkan kelemumur. Untuk menghilangkannya, ambil kangkung yang masih segar dan bersihkan kotoran dan rendam dalam besen yang berisi air (secukupnya untuk membasuh rambut). Rendam semalaman. Gunakan air ini untuk membasuh rambut ketika mandi pagi. Ulangi setiap hari. Hasilnya kulit kepala tidak gatal lagi.

Kulit wajah sempurna


KULIT wajah yang sempuna adalah kulit wajah yang tiada noda dan segar. Untuk mandapatkan kulit wajah sebegini tidak sukar. Ambil kulit pisang emas kemudian sapukan bahagian dalam kulit pisang pada kotoran atau parut di wajah. Bagi mendapat kulit wajah yang bermaya,wapkan muka di atas bekas bancuhan air teh yang masih panas selama 5 minit setiap hari. Muka anda akan bertambah segar dan kulit akan bertambah cantik.

Tumit kaki pecah


Untuk mengatasi masakah ini, ikutilah petua ini. Masukkan beberapa keping asam gelugur atau asam keping ke dalam besen yang berisi air suam. Biarkan seberapa ketika. Rendamkan kaki selama setengah jam setiap hari. Lakukannya dengan kerap. Hasilnya, anda akan mendapati tumit kaki anda yang pecah-pecah itu akan beransur sembuh.

Menghilangkan bintik-bintik muka

Untuk mengatasi masalah ini anda bolehlah mencuba petua yang agak mudah ini. Ambil sepuluh helai daun pegaga,dicuci dengan air garam dan ditumbuk halus. Kemudian campurkan dengan bedak sejuk yang ditumbuk halus kemudian dicampurkan dengan sedikit air suam. Amalkan memakainya pada muka anda setiap malam sehingga bintik-bintik hitam di muka anda tidak kelihatan lagi.

Melicinkan kulit badan


Untuk menghaluskan dan melicinkan kulit badan , pastikan anda berlulur sekurang – kurangnya dua kali seminggu. Caranya , rendamkan dua cupak beras pulut ( untuk menanggalkan daki ) , campurkan dua camca teh kunyit serbuk kering ( sebagai penyegar kulit ) . Ketika mandi campurkan empat camca makan bancuhan lulur tadi dengan sedikit perahan asam jawa. Sental lulur itu ke seluruh anggota badan sehingga semua daki keluar.

Menghindarkan perut buncit.


Ramai orang mengamalkan makan dahulu kemudian mandi. Sebenarnya cara begitu boleh membuatkan perut seseorang itu buncit. Jadi cuba ubah dengan mandi dahulu baru makan. Satu lagi,pastikan jangan makan berulam air. Ada baiknya minum selepas setengah jam makan.

Menghilangkan ketuat


Ketuat adalah sejenis bintil daging yang kecil dan keras di atas kulit . Untuk membuangkannya , cuba ambil pucuk kacang panjang dan sedikit kapur makan . Gaulkan kedua – dua bahan tadi dan sentalkan pada ketuat di kulit. Lakukannya setiap hari sehingga kutil hilang.

Masker buatan sendiri

Dengan sedikit susu tepung putih yang diperah bersama sebiji limau nipis,boleh dijadikan masker dan disapukan keseluruhan wajah dan biarkan kering. Sebelum mencuci wajah,oleskan secara melingkar agar kotoran hilang. Selain dapat menghaluskan dan melembabkan kulit wajah,cara ini juga dapat menghalang pertumbuhan jerawat jika diamalkan seminggu sekali.

Mengurangkan selera makan

Untuk mengurangkan berat badan , selera makan harus dikurangkan . Petuanya , ambil dua biji limau nipis dan dapatkan airnya. Campurkan seketul ibu garam dan embunkan semalaman. Sebelum sarapan , minum air campuran tadi . Amalkan dua kali seminggu. Hasilnya anda akan kurang selera makan.

0 comments:

Post a Comment